Sultan Nazrin serah Piala Sultan Azlan Shah

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, berangkat ke majlis penyerahan Piala Sultan Azlan Shah sempena sambutan jubli perak kejohanan jemputan berprestij itu di Stadium Azlan Shah di sini
Ketibaan baginda diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim dan Raja Permaisuri, Tuanku Bainun. Sultan Nazrin berkenan menerima piala kejohanan berkenaan daripada Presiden Persatuan Hoki Perak (PHP), Datuk Abdul Rahim Md Ariff.
Turut hadir, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli. Majlis diserikan dengan persembahan penyanyi tanah air Dayang Nurfaizah yang mendendangkan lagu Legenda, selain pertunjukan bunga api.

Kejohanan kali ini disertai Australia, Jepun, Kanada, New Zealand, Pakistan, India dan tuan rumah Malaysia. Malaysia membuka kempen menentang juara bertahan, New Zealand. Terdahulu, Pakistan mengejutkan Kanada 3-1 manakala India mengatasi Jepun 2-1.

– Berita Harian

Leave a Reply