Kanada ikat New Zealand

Juara bertahan, New Zealand mencatat keputusan seri kedua apabila diikat 1-1 oleh Kanada dalam saingan hoki Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-25, di Stadium Azlan Shah.
Sama seperti ketika menentang tuan rumah, Malaysia malam kelmarin, New Zealand terpaksa bergantung kepada jaringan dari pukulan sudut penalti oleh Nic Woods pada minit ke-44 selepas menghadapi kebuntuan memecah kubu lawan.
Jaringan itu adalah hasil pukulan sudut penalti kesembilan pasukan juara itu. Kanada yang tumpas 1-3 di tangan Pakistan kelmarin, berjaya meningkatkan persembahan untuk menyaingi skuad Kiwi itu.
Kesungguhan anak buah Anthony Farry itu membuahkan ganjaran apabila berjaya mendahului lawan melalui kuisan kencang Gordon Johnston dari pukulan sudut penalti pada minit ke-24.

– Berita Harian

Leave a Reply