Elak buat silap lagi

“ELAK buat silap,” itu pesanan kapten skuad hoki negara Razie Rahim menjelang aksi berdepan Australia pada hari ketiga Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah Edisi Ke-25, esok, lapor SHAHRIZAL AHMAD ZAINI.

Menurut Razie, pemain perlu mengelakkan kesilapan sebagaimana yang berlaku pada penghujung perlawanan ketika berdepan Jepun kelmarin hingga menyaksikan lawan yang ketinggalan 1-4 bangkit merapatkan jurang 3-4 sebelum wisel penamat.

“10 minit terakhir pemain mungkin tertekan dan mungkin mereka (pemain) pun tak dapat mesej kerana crowd yang ramai.

“Tapi untuk game esok (malam ini), memang kita dah main dengan dia (Australia) sebelum ini, tapi kena kurangkan mistake (kesilapan). Selain itu, kita juga akan cuba buat yang terbaik dan ambil kesempatan khususnya dari short corner,” katanya pada sidang media, pagi tadi.

Dalam pada itu , penjaga gol skuad hoki negara Hafizuddin Othman berkata, dirinya akan mengkaji corak permainan skuad Kokaburras itu khususnya cara pergerakan serangan selain pukulan sudut penalti.

Katanya, kajian berkenaan dibuat dalam usaha mendatangkan keyakinan buat dirinya untuk berdepan serangan daripada gergasi hoki dunia itu.

“Daripada dua game, kita dapat kumpula empat mata. Ini sesuatu yang baik dan keyakinan itu akan datang,” katanya lagi.

– Sinar Harian

Leave a Reply