Kookaburras ‘perlahankan’ The Speedy Tigers

MALAYSIA  gagal meneruskan kecemerlangan dalam Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-25, apabila tewas 1-5 kepada Australia, di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, di Ipoh, malam tadi.

Kedua-dua pasukan bermula garang pada perlawanan berkenaan dengan menyaksikan percubaan-percubaan menarik ke gawang lawan masing-masing.

Bagaimanapun, Malaysia lebih dahulu berjaya meledak jaringan pembukaan hasil jaringan kapten, Razie Rahim pada minit ke-24.

Jaringan berkenaan dilihat berjaya menyemarakkan semangat pemain Negara yang dilihat semakin hebat mengasak ke kubu Australia bagi menambah jaringan.

Namun asakan berkenaan sekadar menyaksikan benteng skuad negara sedikit alpa hingga membenarkan Jacob Whetton menyamakan kedudukan pada minit ke-26.

Babak ketiga menyaksikan skuad Kookaburas mula memperkemaskan asakan dan  hasilnya tiga gol padang berjaya dijaringkan menerusi Flynn Ogilvie pada minit ke-40 sebelum Matt Gohdes menambah satu lagi gol selang bebrapa saat kemudian.

Flynn kemudiannya menjaringkan gol keempat Australia yang juga gol kedua peribadinya seminit kemudian.

Australia kemudiannya terus mendominasi perlawanan dan Thomas Craig berjaya menghukum kealpaan pertahanan skuad Negara apabila menjaringkan gol kelima pada minit ke-55.

Kedudukan kekal hingga ke wisel penamat bagi menyaksikan kekalahan sulung skuad negara kali ini.

– Sinar Harian

Leave a Reply