You are here
Home > Media News > Jangan mudah hilang fokus

Jangan mudah hilang fokus

Kapten Malaysia, Muhammad Razie Abdul Rahim me­ngakui, kelemahan utama skuad negara iaitu cepat hilang fokus harus diatasi jika mereka mahu mendapatkan kemenangan ke atas Kanada dalam aksi Piala Sultan Azlan Shah 2016, di Stadium Azlan Shah, esok.

Kata Razie, tiga perlawanan pertama menentang New Zealand, Jepun dan Australia minggu lalu telah mendedahkan kelemahan skuad The Speedy Tigers yang mudah alpa dan gagal bertahan apabila lawan berjaya menyamakan kedudukan.

Malah, perkara sama turut berlaku ketika menentang Australia yang menyaksikan lawan menambah tiga gol dalam tempoh dua minit.

“Memang situasi itu agak merisaukan kerana bila sudah mendahului, lawan akan bangkit semula.

“Inilah yang kami bincangkan dan berusaha untuk mencari jalan penyelesaian agar tidak berulang apabila bertemu Kanada nanti.

“Kami sudah melihat ulang ta­yang video gol-gol lawan. Perkara utama adalah mencari di mana kesilapan ketika itu,” kata Razie.

Biarpun Kanada menduduki ranking lebih rendah berbanding skuad negara, Razie tidak mahu rakan-rakannya memandang mudah cabaran pasukan yang sudah pun melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2016 itu.

– Utusan Malaysia

Leave a Reply

Top