Kita cuba slot 3/4

Skuad hoki negara tewas 1-6, di tangan India pada perlawanan terakhir saingan liga sepusingan kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah di Stadium Hoki Azlan Shah, malam tadi.

Keputusan itu menyaksikan skuad negara akan beraksi pada penentuan slot 3/4 bertemu juara bertahan tahun lalu, New Zealand, esok.

India memberi tekanan awal kepada skuad negara apabila di depan seawal minit ketiga menerusi gol padang Chandanda Thimmaiah.

Tiga minit kemudian, India menambah gol kedua hasil gol padang Harjeet Singh untuk meletakkan mereka selesa dengan kelebihan 2-0.

India memperoleh dua gol pantas menerusi pukulan sudut penalti sumbangan Ramandeep Singh minit ke-25 dan Danish Mujtaba dua minit kemudian.

Ramandeep sekali lagi mencari ruang dalam kawasan D untuk menambah gol kelima minit ke-39.

Shahril Saabah memperoleh gol sagu hati untuk Malaysia hasil jaringan padang minit ke-46 tetapi Talwinder Singh terus mengukuhkan kedudukan India dengan menambah gol keenam menerusi jaringan padang minit ke-50.

– Harian Metro

Leave a Reply