PHP dapat tajaan RM 103,000

17310739_10154606691084582_453234105_o.jpg.transformed

Persatuan Hoki Perak (PHP) menerima rangsangan tambahan apabila mendapat tajaan selama dua tahun daripada sebuah syarikat barangan sukan – Amir Sports (M) Sdn Bhd mulai tahun ini.

Berdasarkan perjanjian persefahaman (MoU) yang dimeterai, syarikat itu akan menaja pasukan hoki Perak ke kejohanan peringkat kebangsaan.

Majlis tajaan barangan sukan berjumlah kira-kira RM103,000 itu disempurnakan antara Presiden PHP, Datuk Abd Rahim Md Ariff dengan Pengarah Urusan syarikat itu, Shahrizal Yousuf di sebuah hotel di bandaraya Ipoh, baru-baru ini.

Turut menyaksikan upacara menandatangani perjanjian itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya.

“Ini satu lembaran baru dalam sejarah PHP. Tajaan ini dapat mengurangkan bebanan kewangan persatuan untuk tempoh dua tahun ini.

“PHP berterima kasih kepada Amir Sports kerana sudi menaja kami,” kata Rahim

Leave a Reply