Malaysian Tigers pamer belang

KUALA LUMPUR 23 APRIL 2017. Pemain Malaysia, Firhan Ashari (kiri) diasak Pemain New Zealand, Harry Miskimmin pada perlawanan “Test Match 2017” yang diadakan di Stadium Hoki Tun Razak. NSTP/MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN

 

Malaysian Tigers melakar kemenangan meyakinkan apabila membelasah pasukan ranking kelapan dunia New Zealand 8-2 pada aksi perlawanan persahabatan pertama semalam.

Pada perlawanan yang disifatkan sebagai aksi pemanas badan sebelum Piala Sultan Azlan Shah bermula 29 April di Ipoh, skuad bimbingan Stephen Van Huizen nyata menguasai perlawanan.

Namun Stephen tidak mahu barisan pemainnya terlalu dibuai dengan kemenangan meyakinkan itu kerana pada pandangannya lawan mereka berdepan beberapa kekurangan.

“New Zealand baru tiba selepas melalui penerbangan yang panjang. Jadi saya rasa mereka tidak berada di tahap terbaik.

“Saya lihat tiada beberapa pemain utama yang dibawa mereka kali ini. Namun sudah pasti mereka membawa 18 pemain terbaik.

“Apapun setiap pemain saya memanfaatkan peluang dengan baik untuk menjaringkan gol.

“Namun secara keseluruhan saya tidak begitu berpuas hati dengan persembahan mereka kerana masih ada beberapa kesilapan yang perlu diperbaiki,” katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan semalam.

Skuad bimbingannya tidak perlu menunggu lama untuk berada di depan menerusi jaringan padang Nik Aiman Nik Rozemi seawal minit ketiga sebelum Razie Rahim menjadikan kedudukan 2-0 hasil pukulan sudut penalti pada minit keenam.

George Muir merapatkan jurang menerusi jaringan padang pada minit ketujuh tetapi Ramadan Rosli serta Faizal Saari masing-masing menambah gol ketiga dan keempat pada minit ke-28 dan 29.

Malaysian Tigers menambah tiga lagi gol menerusi Haziq Samsul (m-37), Nik Aiman (m-43) dan Najmi Farizal Jazlan (m-45).

New Zealand meledak gol kedua pada minit ke-48 hasil jaringan padang Dominic Newman sebelum Nik Aiman menyumbat gol kelapan sekali gus melakar hatrik pada minit k

– Harian Metro

Leave a Reply