Empat tonggak beri keseimbangan

Tiga penyerang – Faizal Saari, Firhan Ashari, Haziq Samsul dan penjaga gol veteran S Kumar kembali dalam skuad negara menggalas cabaran Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2017 bermula Khamis ini.

Empat pemain itu tidak beraksi pada pusingan kedua Liga Hoki Dunia (WHL2) di Dhaka, baru-baru ini.

Ketua jurulatih, Stephen Van Huizen dalam kenyataan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) berkata, 18 pemain dipilih untuk skuad kebangsaan adalah terbaik dimiliki negara ketika ini dan mampu bersaing.

“Saya gembira dengan pemilihan 18 pemain terbabit kerana boleh dikatakan ia menjadikan pasukan ini cukup seimbang.

“Dengan kehadiran semula pemain berpengalaman seperti Kumar, Firhan, Faizal dan Haziq sudah pasti khidmat mereka mampu membantu pasukan mencatat keputusan lebih baik berbanding edisi lalu,” katanya.

Kebimbangan Van Huizen terhadap ketumpulan pukulan sudut penalti pasukan negara berjaya diatasi dalam dua perlawanan ujian menentang New Zealand baru-baru ini menyaksikan anak buahnya menang 8-2 dan seri 3-3.

Aksi perlawanan akan berlangsung di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh.

SENARAI PEMAIN KEBANGSAAN: Penjaga gol: S Kumar, Muhammad Hafizuddin Othman. Pertahanan: Mohamad Sukri bin Abdul Mutalib, Muhammad Razie Abdul Rahim, Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan, Faiz Helmi Jali, Muhammad Najmi Farizal Jazlan. Tengah: Muhammad Marhan Mohd Jalil, Mohd Fitri Saari, Nabil Fiqri Mohd Noor, Meor Muhamad Azuan Hasan, Muhammad Azri Hassan. Penyerang: Muhammad Firhan Ashaari, Muhammad Shahril Saabah, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil, Muhammad Haziq Samsul, Nik Mohammad Aiman Nik Rozemi, Faizal Saari

– Bernama

Leave a Reply