Mesyuarat Eksekutif Persatuan Hoki Perak

Mesyuarat Jkuasa Eksekutif Persatuan Hoki Perak Bil 2/2017 telah berlangsung pada 25hb Julai 2017 jam 8.30mlm di Bilik Mesyuarat Stadium Hoki Sultan Azlan Shah Ipoh.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Dato Abd Rahim Md Ariff Presiden PHPk dgn kehadiran principal office bearers dan wakil gabongan.

Antara perkara penting yg diputus dlm mesyuarat jk eksekutif ini adalah

1. Meluluskan penganjuran Liga TNB bawah 21tahun Lelaki dan Wanita. Liga di jangka bermula Sept hingga Oktober 2017. Penyertaan dihadkan kpd 20 pasukan utk setiap kumpulan lelaki dan wanita.

Yuran penyertaan adalah rm200 utk tiap pasukan. Hadiah pemenang adalah rm3000 utk Johan rm2000 utk naib johan rm1000 tempat ketiga dan rm500 utk keempat.

2. Persatuan Hoki Perak juga memutuskan utk bersetuju menjadi hos Kejohanan Hoki Piala Tun Abd Razak 2017. Kejohanan akan berlangsung pada 4 hingga 15 nov 2017 Perak akan hos Kejohanan Hoki Piala Razak ini utk kategori lelaki sahaja. Pertandingan Piala Razak ini melibatkan dua divisyen iaitu divisyen 1 dan divisyen 2.

Leave a Reply