You are here
Home > Media News > Charter dipilih pamer aksi cemerlang

Charter dipilih pamer aksi cemerlang

Prestasi yang begitu meyakinkan dipamer oleh penjaga gol Australia, Andrew Charter membolehkan dia dipilih menyertai skuad utama Kookaburras bagi kempen kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah pada 3 Mac ini di Ipoh, Perak.

Charter telah mempamerkan aksi terbaiknya ketika menentang Belanda dalam beberapa siri perlawanan ujian baru-baru ini sekali gus membolehkan dia terpilih bagi menggantikan Tristan Clemons sebagai penjaga gol utama Australia.

Ketika ini Charter, 30 tahun telah membuat 140 penampilan bersama Kookaburras dan antara pemain berpengalaman.

Jurulatih Australia, Colin Batch berkata, pasukan yang akan beraksi di Ipoh nanti adalah campuran pemain muda dan berpengalaman.

“Mereka mampu cepat belajar dan kami mahu menyesuaikan diri dengan baik di atas padang.

“Kami anggap perlawanan Piala Sultan Azlan Shah amat penting untuk persediaan pasukan menghadapi Sukan Komanwel nanti,” kata Batch.

Skuad hoki Australia akan memulakan kempen Piala Sultan Azlan Shah menentang England pada 3 Mac sebelum dijadual bertemu Malaysia, India, Ireland dan pasukan No. 2 dunia, Argentina.

–  Utusan Malaysia

Leave a Reply

Top