Empat pemain terpaksa lupakan PSAS

KAPTEN skuad hoki negara Muhammad Sukri Abdul Mutalib terpaksa melupakan saingan Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) di Ipoh, Perak bermula hari Sabtu ini selepas berdepan kecederaan hamstring ketika saingan Liga Hoki Malaysia (LHM) lalu.

Tiga lagi pemain negara, Muhammad Amirol Aideed Mohd Arshad yang mengalami kemalangan jalanraya ketika menunggang motosikal pulang daripada perlawanan persahabatan pertama bertemu Argentina, semalam; Mohamad Izad Hakimi Jamaluddin yang mengalami kecederaan lutut ketika beraksi di saingan LHM serta Muhammad Ramadan Rosli yang berdepan kecederaan belakang, turut tercicir daripada senarai ke kejohanan itu.

Joel van Huizen yang disenaraikan dalam senarai 18 pemain kini masih dalam penilaian kesihatan selepas mengalami kecederaan pada perlawanan persahabatan kedua hari ini dan nasibnya akan diketahui dalam dua hari lagi.
Sekiranya Joel gagal penilaian kecergasan itu, tempatnya bakal digantikan Muhammad Najib Abu Hassan yang kini dalam senarai menunggu.

Ketua jurulatih Malaysian Tigers, Stephen Van Huizen yang mengumumkan senarai 18 pemain selepas tamat perlawanan persahabatan hari ini berkata, meskipun kehilangan empat pemain utama itu, dia yakin barisan pemain lain mampu menggalas tugas yang diberikan.

“Kami sudah cuba untuk mengembalikan Sukri ke dalam pasukan semula tetapi dia bakal berdepan kecederaan lebih teruk sekiranya turun beraksi. Izad pula sudah lama mengalami kecederaan lutut sementara Ramadan baru berlari semalam.

“Aidid paling tidak bernasib baik kerana mengalami kemalangan semalam selepas mempamer aksi terpuji ketika bertemu Argentina. Kesimpulannya apabila ada pemain yang bedepan kecederaan, peluang terbuka kepada pemain lain untuk membuktikan kemampuan mereka,” katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan persahabatan hari ini.

Malaysia mencatat kemenangan 3-0 pada perlawanan kedua hari ini yang hanya berlangsung selama 30 minit saja.

“Saya rasa Argentina juga tidak begitu serius menghadapi perlawanan hari ini kerana mereka sedang melakukan persiapan untuk ke Piala Sultan Azlan Shah.

“Tetapi ia adalah peluang yang baik kepada kami kerana dapat bermain dengan pasukan ranking kedua dunia,” katanya.
Berikut senarai nama 18 pemain ke Piala Sultan Azlan Shah:

– Muhammad Hafizuddin Othman

– Mohammad Hairi Abd Rahman

– Muhammad Razie Abd Rahim

– Muhammad Najmi Farizal Jazlan

– Faiz Helmi Jali

– Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan

– Muhammad Azri Hassan

– Mohd Marhan Mohd Jalil

– Mohd Fitri Saari

– Nabil Fiqri Mohd Noor

– Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil

– Faizal Saari

– Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi

– Muhammad Firhan Ashaari

– Meor Muhamad Azuan Hassan

– Norsyafiq Sumantri

– Joel Samuel Van Huizen

– Muhammad Shahril Saabah

Senarai menunggu

– Muhammad Najib Abu Hassan

– Metro

Leave a Reply