You are here
Home > Media News > Skuad Malaysia Tigers langkah kanan

Skuad Malaysia Tigers langkah kanan

Malaysia memulakan kempen kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah 2018 dengan langkah kanan selepas berjaya menewaskan Ireland dengan keputusan 4-1 di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh, Perak, sebentar tadi.

Kemenangan tersebut mampu menaikkan motivasi skuad Malaysia Tigers yang turun beraksi tanpa beberapa pemain utama mereka.

Dalam perlawanan tersebut empat gol skuad kebangsaan dijaringkan menerusi hatrik daripada kapten pasukan, Muhammad Razie Abdul Rahim pada minit keempat, ke-24 dan ke-44 manakala satu lagi dijaringkan oleh Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil pada minit kesembilan.

Sementara gol tunggal Ireland diraih menerusi Kirk Shimmins sewaktu minit ke-53.

Esok Malaysia dijadual menentang naib juara kejohanan sama musim lalu, Australia pada pukul 8.30 malam.

– UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Top