Australia tiada masalah benam India

AUSTRALIA meneruskan rentak cemerlang apabila membenam India 4-2 untuk mengukuhkan kedudukan dalam kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-27 di sini, sebentar tadi.

Walaupun beraksi di bawah tahap sebenar terutama pada separuh pertama, ia tetap mencukupi buat skuad bimbingan Colin Batch untuk merakam kemenangan ketiga berturut-turut.

India walaupun tertekan berjaya menyerap serangan juara dunia itu dan mencemaskan lawan dengan serangan balas.
Namun kehebatan Australia selaku juara sembilan kali kejohanan jemputan itu tidak boleh dinafikan.

Mereka akhirnya memecah kebuntuan melalui Mark Knowles pada m-28.

Suku ketiga menyaksikan penguasaan Autralia yang bagaikan mendapat keyakinan selepas rehat dengan menyumbat tiga gol melalui Aran Zalewski m-35, Daniel Beale (38) dan Blake Govers (40).

India bangkit pada suku keempat dan berjaya mencemaskan lawan apabila menjaringkan dua gol melalui Ramandeep Singh pada minit ke-52 dan ke-53.

Australia bagaimanapun berjaya mempertahan kelebihan dua gol hingga wisel penamat.

– Harian Metro

Leave a Reply