Ireland terkulai di tangan England

ENGLAND merakamkan kemenangan pertama dalam kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-27 di sini, sebentar tadi apabila membenam Ireland 4-1.

Namun kejayaan di Stadium Sultan Azlan Shah itu tidak mudah buat pasukan berkenaan apabila dikerah segala kudrat sebelum merakam kemenangan ke atas negara jirannya itu.

Dalam perlawanan itu, kedua-dua pasukan bertarung sengit sebelum Ireland terkulai oleh dua jaringan lawan di hujung perlawanan.

England membuka jaringan melalui Barry Middleton pada minit ke-15 untuk nemisahkan kedua-dua pasukan pada babak pertama, sebelum Sam Ward melebarkan kedudukan England pada minit ke-37.

Namun dua minit kemudian Julian Dale berjaya merapatkan jurang buat Ireland.

Bagaimanapun impian Ireland untuk bangkit tidak menjadi kenyataan.

Sebaliknya Ward dan Middleton melakukan tindakan pemusnah pada minit ke-51 dan ke-60 untuk membolehkan skuad bimbingan Bobby Crutchley itu meraih mata penuh.

Leave a Reply