You are here
Home > Media News > Malaysia ada pelan B

Malaysia ada pelan B

BUY Soma CASH ON DELIVERY ~ PURCHASE Soma COD Ketua jurulatih skuad negara Stephen Van Huizen berkata dia akan mengaktifkan pelan B sekiranya Muhammad Marhan Abdul Jalil tidak dapat bermain menentang England esok dalam perlawanan yang akan menentukan sama ada Malaysia layak ke perlawanan akhir kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah.

http://www.bigleaguekickball.com/category/press/ cod pay soma Malaysia akan berdepan de­ngan England di Stadium Azlan Shah di sini esok dengan misi misi mesti menang dalam perlawanan terakhir peringkat liga sepusingan kejohanan andai mahu melangkah ke perlawanan akhir bertemu Australia.

Bagaimanapun, misi skuad negara dilihat goyah kerana Muhammad Marhan masih belum pulih daripada kecederaan ketika mela­ksanakan tugas sebagai pelari utama sewaktu situasi sudut penalti dalam perlawanan dengan India semalam.

Stephen berkata, dia perlu bersedia dengan pelbagai kemungkinan terutama dari segi susunan pemain untuk menghadapi England.

“Semalam Muhammad Mar­han tidak dapat meneruskan permainan selepas bola terkena bahagian atas lututnya. Hari ini dia menjalani sesi pemulihan dan esok kita tunggu apa keputusan pasukan perubatan sama ada dia boleh bermain atau sebaliknya.

“Muhammad Marhan adalah antara pemain senior yang memainkan peranan penting sebagai pelari utama, namun pasukan masih mempunyai pilihan lain melibatkan beberapa pemain baharu seperti Nor Syafiq Sumantri dan Syed Mohd. Syafiq Syed Cholan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Muhammad Marhan menjadi watak penting yang membantu Malaysia mencipta kejutan ke atas Argentina pada Selasa lalu apabila berjaya melaksanakan tugas dengan baik sebagai pelari utama untuk menggagalkan set piece juara Olimpik itu dalam si­tuasi pukulan sudut penalti.

Mengikut format kejohanan, dua pasukan terbaik selepas tamat peringkat liga sepusingan akan mara ke perlawanan akhir pada Sabtu. Malaysia yang kini berada di anak tangga ketiga, hanya ketinggalan satu mata kepada Argentina yang menghuni tempat kedua manakala Australia adalah pendahulu dan telah pun menempah satu slot dalam perlawanan akhir.

Oleh itu, Malaysia perlu menang ke atas England dengan jangkaan pasukan No.1 dunia Australia mampu menewaskan Argentina esok untuk memintas kedudukan jaguh dari Amerika Selatan itu.

Berdasarkan rekod pertemuan Malaysia-England sejak 1973 yang dikeluarkan oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) me­nyaksikan skuad negara hanya menang sekali daripada 13 pertemuan.

Kemenangan Malaysia Tigers itu dicatatkan dalam Cabaran Juara-juara 2003 di pusingan pertama.

Kali terakhir Malaysia bertemu England ialah dalam kejohanan Separuh Akhir Liga Juara-juara di London pada tahun lalu yang menyaksikan skuad negara tewas 4-1. England berada di kedudukan ketujuh dalam ranking dunia manakala Malaysia di tempat ke-12.

http://www.bigleaguekickball.com/about/ Soma without doctor rx – Utusan Malaysia

Leave a Reply

Top